Isnin, 10 September 2007

Bermulanya Sebuah Perjuangan

Sebelum saya memulakan kalam bicara, izinkan saya betanyakan khabar kepada anda semua, dan harapan saya dengan pertanyaan khabar saya ini dapat merapatkan tali ukhwah antara kita sesama insan.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH...
SALAM SEJAHTERA...

APA KHABAR ANDA SEMUA?
APA KHABAR ANDA SEMUA PEJUANG-PEJUANG KEHIDUPAN?
APA KHABAR ANDA SEMUA PEMBURU-PEMBURU KEJAYAAN?

Dan, jika salam perkhabaran ini ditanyakan kepada saya, jawapan yang bakal terpacul dari mulut saya tidak syak lagi ialah suatu perkataan keramat iaitu...

WAALAIKUMSALAM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH
LUAR BIASA BAIK!!!
LUAR BIASA BAIK!!!
LUAR BIASA BAIK!!!

Mungkin ada dalam kalangan anda yang membaca tulisan saya pada kali ini merasakan sesuatu yang pelik terhadap diri saya. Tapi, apa yang ingin saya sampaikan dan kongsikan kepada anda semua ialah terhadap kepercayaan saya kepada satu pepatah yang mengatakan "KATA-KATA ADALAH SATU DOA".

Baiklah, buat pertama kali, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila-gila, dah tergila-gila lain pula ceritanya...

Ok, hasil daripada perbincangan oleh ibu dan bapa saya pada bulan Julai 1989, maka dengan persetujuan mereka, sebuah nama yang sungguh bermakna dan penuh dengan harapan telah dianugerahkan kepada seorang bayi yang lahir tak cukup bulan iaitu baru genap 7 bulan dalam kandungan bersamaan 11 Julai 1989, dengan nama MUHAMMAD NUR KHAIRIN BIN KASIM..

Muhammad bermaksud YANG TERPUJI, Nur bermaksud CAHAYA, KHAIRIN bermaksud KEBAIKAN...
Ok, mengikut logik akal pemikiran saya, mereka memberi saya nama sedemikian rupa bertujuan untuk memanifestasikan harapan mereka untuk melihat anaknya menjadi seorang yang terpuji dan sentiasa disinari dengan cahaya kebaikan..Selain itu, mereka juga ingin melihat anaknya ini berjaya dalam kehidupan masa hadapan..

Jadi, sebagai seorang anak, saya perlulah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.. Ingat, Kehidupan adalah perjuangan, kematian adalah kehidupan..

Sekian untuk kali ini..

Tiada ulasan: